Saturday, October 03, 2009
sunshine serenade
jalan2 cari makan
Thursday, July 30, 2009
Bomoh Cicik dan Hantu Gigi
Peringatan:
berikut bukanlah jampi serapah untuk menyantau ellyroker atau mana2 musuh kamu yg nyata (nak, nanti aku kasik lain.kof!) tp sebenarnya ialah sejenis latihan untuk mereka yg baru bedah gusi.
mcm hawa.
kehedepen hewe yeng selemet menjelene pembedehen gege gerehem pelese *sebenernye nek kete gege gerehem bengse.edekeh keu deh beleh bercekep dengen semperne sekereng? nempeknye senget menderete epebele tedek depet bergesep dengen sesenggeh hete *menjeleng. jengenleh medeh lepe dere epebele bercerete sebeb kee memeng seke bercekep meken leme meken keet epebele tereje dengen perkere yeng kee cereteken te.nente terpetes pele jeheten pede gese.becer pele melet.beekleh,sempei sene sejeleh. enget,ene eeleh tempeh letehen kee entek menjede sepen den bercekep epebele perle seje. menderete beken?heihei..welebegenepen, tehneeh!kee sedeh berjeye menewesken hente yg menyempek gege gerehem bengse kee ete! syebes!!
adakah dah meleleh air liur? (-_-;)
Terjemahan:
kehadapan hawa yg selamat menjalani pembedahan gigi geraham pelesu.*sebenarnya nak kata gigi geraham bongsu.adakah kau dah boleh bercakap dengan sempurna skrg?nampaknya sgt menderita apabila tidak dapat bergosip dengan sesungguh hati.*menjeling.jgnlah mudah lupa diri apabila bercerita sbb kau mmg suka berckp makin lama makin kuat apabila teruja dgn perkara yg kau ceritakan tu.nanti terputus pula jahitan pada gusi,bocor pula mulut.baiklah,sampai sini sajalah.ingat, ini ialah tempoh latihan kau untuk menjadi sopan dan bercakap apabila perlu saja.menderita bukan?heihei!walau bagaimanapun,tahniah!kau sudah berjaya menewaskan hantu yg menyampuk gigi geraham bongsu kau itu.syabas!
kof!
Thursday, July 09, 2009
billy corgan pun lebih berseri drpd kau..
this song just makes my day...really.*tongue in cheek* ;p ironic,no?
i have it playing on loop now, wonder why though.. agaknya gara2 raksasa kedut tu..everybody hates u,u cold-blooded,rotten old creature!kalau kau takde life,jgn nak drag org sekali jd pathetic mcm kau...
now i know why everybody keeps avoiding u.congratulations!u've just lost my respect.
Wednesday, December 17, 2008
heihei!aku dah balik!*buat gaya moonwalk ke hulu ke hilir depan monitor* haih penat betul aku ke sana ke mari pegi kenduri.ramai betul org kawin la.byk betul jemputan...............aii..tak bolehla.aku ingat nak mensamar watak org bujang yg suka mkn kenduri td.tp rasa berdosa pula.ya,aku pn skrg ialah org yg berkahwin..(T_T)~~ *saham pun jatuh berderai* hohoh.aku takde niat berlaku curang atau mata keranjang pun la! *sambil jari menunjuk ke arah ellyloker* koff!
jadi bagaimana?byk kejadian masa majlis tu tp aku cite mana yg ingat je la (sebenarnya malas.hohoh).
alhamdulillah..semua sudah setel.walaupun ala kadar,tp yg aku tau, aku takde dah menderita nak kene mekap2 bergantang2 dan pakai baju aneh2 lg.leganya!aku disound oleh mak andam beberapa kali sbb asik berckp2 dan ketawa tak tentu hala sampai retak2 muka dan tanggal2 bulu mata pelesu.huh!adakah alatan mekap kau ialah cap ayam?nak senyum lebar2 pun tak bagi?*menjeling kak andam* aku mmg tak suke mekap.maksud aku mekap yg semcm itu la..kalau yg biasa tu bolehla.mekap mcm pengantin tu agak rimas dan kene sentiasa buat muka ketat. tp aku pn taknak pulak ckp besar.kang Tuhan tebalikkan ati aku,jd makcik pencinta mekap tebal pulak kang..mintak selisih.dulu ingat lg masa tu form 3 kene pakse pegi betanding choral spiking. cikgu aku tu sampai marah2 sbb aku degil sgt taknak pakai lipstick.org lain sume pakai temasukla budak2 lelaki tu.pakai lipstick je pn..tp aku mcm sakitnye atiii dgn cikgu tu!last2 pakai je la jgk..pastu diam2 aku padam tp dia nampak pulak.kene lg pakai..
pekaat!pastu dia nak amek ati,puji2 ckp lawa la hape la.warna menyala2 mcm hitu?cuih!nak tipu aku..menjeling2 je aku kat dia.oh oh?ini dah cerita lain pulak?
jd majlis haritu berjln mcm dirancangla jgk.maksud aku dr segi aturan masa la..art sampai agak on taim.masa akad tu agak kelakar sbb kadi tu suruh start,jd art pn bace la lafaz nikah tu pastu tetiba kadi ckp,itu latihan je.hahahah begurau apa!dahla org tu tgh gabra.nasib baik pastu ok..jadi,begitu begini,itula ceritanya,.tiba2 malas nak taip lg.sekian...
ah!ada satu hal aku teringat masa besanding ada acara silat/tarian piring..salah sorg pakcik penari piring tu memakai name tag ‘ahmad’ *terjatuh!* aku yg terpandang tu terus terketawa.pastu pengapit aku pulak si fara siap ckp ‘ko tgk..ada name tag..ahmad..’ aihh.. rupenye dia pn perasan.lgla aku tegelak..mmg tak boleh mengawal sikap sopan santun langsung.tp aku takdela gelak lebih2..lgpun penat pakcik tu besilat..dia dah tua..*tiba2 jatuh kasihan*
kpd yg dtg haritu aku nak ucapkan time kasihla byk2..sorila tak dpt bersembang dgn sepuas hati.mcm biase kenduri la..mesti kau tak dpt layan sume org dgn seelok mungkin kan.kalo ada yg mcm terasa ke,aku mintak maaf.kelam kabut aku,kejap nampak org ni,kejap nampak org tu.nak pegi jumpe apa sume..
kpd hawa-terima kasihla byk2 kapkek kau sgt lazat.aku terpaksa bergaduh dgn anak2 buah utk merebut habuan masing2.
last2 2 ketul menjd keras kejung sbb disorok dlm peti ais terlalu lama sampai aku lupa nak mkn.(-_-;) kelak aku nak adakan majlis eniveseri ibu bapa aku pula (walaupun mereka tak ada niat pun nak buat majlis) dan jemput kau dtg.bolehla aku membaham kapkek kau secara free lg.heihei.jgn mengecewakan ibu bapa aku!
kpd cik fara (dan zati serta kekasih cintanya) – time kasihla sbb kau semua bekerjasama meng-carpool utk dtg ke majlis aku.jet-terima kasih sbb sudi dtg dgn buah hati kau.tp aku tak boleh tgk sgt muka kau dlm keadaan aku yg tak semulajadi begitu.kenapa kau asik senyum2 senget tgk aku!jd asik nak ketawa dan dah merosakkan mekap aku. fara-time kasih byk dan maafla kerana menjadikan kau mangsa.tak pasal2 kene jd pengapit dlm keadaan last menet begitu..pengapit sebenar tiba2 je nervous..tp takpela,takkan nak pakse2.suruh hawa,dia nak cpt balik pulak.kakak aku nora pun sama jgk taknak.dia ckp,boleh jgk..tp sambil2 jd pengapit,sambil tu dukung anak dia la..begurau apa!(ini mmg sama akal buruk mcm hawa jgk) mmg tak siuman dan tak mematuhi peraturan pengapit langsung.ah!dan lg satu, baju fara juga sgt matching! syabas!walaupun aku bg clue warna sekali je tp kau berjaya jgk dptkan.*buat tarian piring dpn fara*
i owe u big taim.
heihei.hambik.dah jd esei peringkat stpm pula.biarkan!biar mata kau sume jadi rosak tgk moniter lama2.hoho!!sekian sajalah.nanti aku sambung lain.ni aku qada’ yg aku tak apdet dulu. (-_-;)
Tuesday, October 21, 2008
pertandingan raja shuffle
terukla.agaknye sbb aku ni dr kecik lg keje biase kene tolong/dikerah2 baru buat.tp aku bkn taknak buat..aku telupe je.kof!dari abah ngan adik beradik aku (terutamanye nora kakak aku) sampaila ke pakcik2 aku yg aku tak berapa rapat sgt pn sume jd mangsa.keje rumah tak siap,diorg yg tepakse tlg..tp dlm keadan mulut becok2la marah aku.(tp kebanyakannya keje pendidikan seni je la...............okla lain pun ada jgk sikit2 huhu).aku ingat lg mase tu aku tak reti lukis gamba rumah.dajah 1 mase tu.pastu abah buat..tetibe meleleh je airmata sbb rase besalah pastu mcm loser gile la.rumah pun taktau lukis.pastu teharu sbb abah tak sebat betis aku.hehe.pastu arwah bang ashim (ke pak uda ntah) lukis gamba kucing.cun gile!tp pastu takut nak hantar sbb cantik sgt.kang dikesan cikgu takut pulak.pastu ateh tlg buat kolaj..abah buat ukiran,lukis rumah,potong papan nak buat mix media (dah zmn diploma tuh!),nora tlg buat cop2 pakai pelepah pisang,menjahit baju ngan beg utk kemahiran hidup,buatkan karangan..aii mcm2 lglah!nora mmg pemenang bhgn pertolongan cemas.
dah tua sikit pulak,blaja kos art&design..di situ aku pn menjd semakin rosak (yaa..salahkan kawan2!hahahaha).surprisingly kebykan budak2 a.d ialah budak2 stok last menet mcm aku juga.heihei!we made a great bunchlah mase itu!jd sikap lalai tu terbawak2 sampai skrg..tp abistu nak buat mcm mana..gen berlambat-laun ni mmg ada byk dlm badan aku.(ah!adakah secara tak langsung dah menuduh ibu bapa sendiri membawa gen ini ke dlm badan aku!tak2 maksud begitu!)
ni bila tension pasal kenduri mcm ni mule la pikir,lantakla!janji sah yg wajib2 tu je.dah.tp kang kalau majlis mcm parti tapawe je kang mesti tetamu pun menjeling ganjil je pulak.kesian pulak femili aku.agaknye cemane la kan artis2 tu kenduri.aku yg nk buat kenduri cap ayam ni je pun menggelabah semcm.hish..aku mesti begerak dr skrg.tp sblm tu,main game kejapla.tension.
kof!
nota kaki**
ha aku menjemput kau semua ya?kad menyusul kendian.aku ajak jgk walaupun tak dpt dtg kerana ada gig ke,ada peperiksaan ke,keje ke,dlm pantang ke,ada job lain ke atau apa2la yg menghalang *menjeling* takpela.aku paham.kenduri aku pn mmg tak penting..tp kalau terdetik hati di kemudian hari nanti nak dtg tu,silalah..aku sgt alu2kan...ha saiko tak?heihei!aku begurau senja je lah!kalo boleh dtgla..tp aku taknakla sampai pakse2 sampai kau dtg moncong2.kalau dpt je..tak dpt,aku hantar bom jangka je la.okeh see yu later eligeter.
Thursday, October 09, 2008
ntah
n being serious all the time kills me!*berlari zigzag keluar blog ;p
Tuesday, August 05, 2008
kanak-kanak lucu dan aneh yg mengelirukan saya..
-perbincangan dlm kelas darjah 2, kelas bm tp tibe2 dah selit agama pulak
(-_-;)
“Ok,kalaula tiba2 kite tersentuh atau telanggar babi ke..ha,apa kite buat?”mule2 aku sebut 'khinzir',tp budak2 buat muke blur..vocab diorg lemah sikit.ada yg paham tp dia sebut babi tu pelahann je.takut aku marah agaknye.hehe (cemane tah boleh tetibe ckp pasal haiwan najis berat tu padahal tajuk utama hari tu ialah pengguna bijak.koff!)
lps dgr soalan tu tetibe si nurzarifah jawab.. "tanaamm!”
aii...ini bukan jawapan yg diharapkan!!tadi aku baru je menunjukkan muke garang dan marah2 kat budak yg tak bawak buku,takkan skrg tiba2 nak ketawa?tp akhirnya dah gagal menahan serius lalu tesembur jgkla..budak2 senyum2 je nak gelak mcm takut2.
”yelaaa..nak tanam,tanamla.tp kalau ye pun awak ke yg nak tanam?tak boleh kan?suruh la cine mane ke,india mane ke yg tanam..kan?kite mane boleh pegang..” ckp dlm keadaan keliru dgn diri sendiri.apakah tujuan perckpn yg begini?(-_-;)
“sbb kalau awak yg tanam,nanti lepas tu awak kene buat apa?”
“basuh tangaann!” *terjatuh!aiii..bukaaannn..
”ha yela..okla,basuh tgn..tp bkn basuh mcm biasa kan?awak basuh mcm mana?”
“basuh bersih2..” eiiii...aku diam.nk marah ke nak gelak?sakitnye nyawa melayan budak2 aneh niii.
”kite basuh,bukan basuh biase..kite samak namanya.saaaamak!paham?penah dgr samak?”
“ooo..ha,ada2 kat sekolah agama ptg ada belajar”
hah tuh?!eii..geramnyee.”dah tu kenapa td awak mcm taktau je?”
pastu lg sorg tetibe jwb “sekolah agama ptg tu saya dah berenti..” ai nampaknya makin lama makin tertekan akibat salah pilih topik perbincangan sejak awal2 td.”ha sudah2!takpela,nanti awak dah besar sikit,ustaz awak ajarla cemane samak.dah!tgk je la buku mukasurat td balik!” kerana dah merasa tertekan sendiri,terus sajalah ajar dgn tajuk sebenar,pengguna bijak.
haa..baru aku ingat.punca boleh sebut pasal babi ialah pasal tanda halal dkt pembungkus makanan.aku ckp babi tu haram..sentuh pun tak boleh,apa lgla kalau mkn.aku saje sebut pasal tanda halal sbb kelas tu sume melayu..saje nak bg maklumat tambahanla pasal gelatine segale bagai kononnye..tp nampaknya kemudian dah melarat2 sampai ke samak2la bagai..jadi dah habis masa dgn sia2..objektif pun tak tercapai.ai.runsingnya (T_T;)
-darjah 2 jgk,kelas bm jgk,tajuk:tanda baca.
"Ok..boleh bagitau saya apa tanda baca yg awak tau?"..diam..“tanda baca la..tau tak tanda baca?sebut je yg awak tau”..diam..ai.pastu aku pun tulisla..”ha ni tanda apa?” pastu tedgr suara bebisik2.. ”oo..ni ke?” pastu barula masing-masing kuar suara konfiden..
“koma!
“titik!”
“tanda soal!” suasana pun kacau bilau dgn suara kanak-kanak yg teruja dgn kepandaian masing-masing.tp tiba-tiba sorg jwb “sabdu!!”
“hah?!!” otometik aku toleh kat yg jwb tu sambil ketawa.
“eh...tu tanda mase mengaji..”dia ckp..slo je suare.pastu tediam sambil tgk aku dgn muke malu sbb sume org pun gelakkan dia jgk.aku pulas jugak pusat karang..apa pasal boleh sesat pegi sabdu pulak?eii..pastu br perasan.patutla..sebelum tu td waktu agama.blaja mengaji tadi agaknye.tebawak2la tu..hahaha..
-kelas seni pulak.kelas lain,tp darjah 2 jgk.
"blabla..labu sayong.ok sape tau apa dia labu sayong?" (aku rase mcm soalan tu senang je tp maybe budak2 ni kecik lg pastu bkn org perak plus soalan tak sesuai dgn level so diorg tak familiar la kot dgn labu sayong ni).kelas senyap je..
"ok takpe..awak teka je la.saya tak marah"
mula teruja..“sayur-sayuran!”
“kangkung!”
“padang!”
“arnab!”
“blueberry!" huh jawapan kau yg paling bergaya..tapi,aii..pitam..nampaknya kau semua mmg tak erti langsung.tibe2 soraaang je jawab “pasu isi air!” yaaaa!rase nak cekak dan lambung budak tu ke udara sbb dpt jawap dgn betul.walaupun rasa nak pitam tp aku tertegun2 menahan gelak dgn perckpn bukan2 budak kecik tu sume..lama2 aku pn jd hilang akal mcm ni.budak2 skrg confidence level mmg sgt tinggi walaupun dia taktau apa yg dia ckp.kdg2 menyirap2 dgr ckp2 yg tak bermakna tu.
okeh.pastu aku tanye lagi.tp mungkin kali ni soalan aku mmgla lg tak sesuai dgn budak darjah 2..tp tak menjangka pulak jwpn2 diorg begitu biyon ekspekteshen..’sape yg ada pasu ni kat rumah?awak beli kat mana?” (aku set dlm kepala diorg akan jawap nama negeri..)
“dkt rumah nenek saya!”
“kat tempat jual2 bunga tu!”
“kat kedai 2ringgit!”..haaa?(T_T)~~
“tak2..saya nak tau kat mana?kat negeri mana?nama tempat tu..”
“kat mantin”..adoilaa....
“ha yela..ok2..” kepala pun berdenyut.
Nampaknya aku mesti berusaha dgn gigih.sama ada budak2 yg merunsingkan atau aku yg tak erti mengajar..(T_T)~~
